Wednesday, 24 July 2013

KESINAMBUNGAN

Hari ni tugas seperti biasa... bergelumbang dan menyeimbangkan tugas hakiki dan sampingan masih lagi menjadi rutin yang saya sendiri tercari-cari di mana akhirnya..

Tuhan saya mohon jika kerja  semakin bertambah, Kau berilah kesempatan yang sewajarnya.... :(

Tuesday, 23 July 2013

Kerja

Tq Allah kerana sentiasa menganugerahkan idea sebagai dorongan yang membuat semangat saya terus bernyala.

Sememangnya kerja memang takkan berhenti selagi kudrat terdaya. Hari hari dgn tugas hakiki yang belum mencapai objektif ditambah dengan tugas selingan yang saban hari menambah, jujurnya menimbulkan rintihan yang bukan sedikit.

Adakala saya terpaksa bercakap untuk mengurangkan sedikit tekanan keadaan. Terima kasih kepada 'MEREKA' yang sedia mendengar dan maaf kepada MEREKA yang menjadi watak dalam ceritera saya. Saya tidak mampu menanggung segalanya dalam satu masa kerana saya manusia yang masih belum mampu menyuburkan kesabaran dalam memantapkan iman sebagai makhluk Allah.

Ada rasa untuk menulis dalam nota yang padat untuk saya tujukan pada orang-orang berkenaan bahawa saya tidak terdaya, namun saya percaya, takdir mengutuskan mereka untuk merujuk saya kerana Allah. Allah Maha mengetahui bahawa adanya setidak-tidaknya menjadi kelegaan kepada mereka. Tidakkah saya perlu sedar bahawa MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN ADALAH KUNCI KEMUDAHAN URUSAN SAYA PADA HARI LAINNYA?

Dalam kegentingan menyelesaikan urusan... menjana idea yang kadang hadir dengan kualiti dan kadang hadir sekadar pelengkap, berulang-alik ke kedai percetakan, tugas hakiki mengajar, menjaga hati keluarga... Saya sedar hanya satu tempat utama yang wajar saya tuju. Allah. Hanya Dia yang mampu menentukan arah tuju saya. Berdoalah semoga dalam kesibukan dan kesuntukan masa saya masih diberi ruang untuk berkarya dengan baik tanpa mengabaikan tugas utama.

Saya juga melayari laman sosial facebook seperti yang lain... Sekadar penghibur sewaktu tekanan berada pada tahap yang tinggi. Tetapi maafkan saya, tugas saya menyebabkan saya biasanya melelap mata jam 12 dan ke atas...

Bohong jika saya tidak mencemburui masa yang ada. Namun kelalaian saya mengurus, masih menjadi belenggu yang buat saya tertekan, di mana sudahnya. Adakala saya tidak termampu. Baru-baru ini saya diberi peringatan dalam bentuk ujian. Jangkaan untuk mereka dua rekaan dalam satu malam, berlalu tanpa belas kasihan. Saya diuji dengan kesakitan, yang buat saya ambil keputusan untuk tidur sejurus buka. Tuhan pernah mengingatkan dalam bentuk minda bahawa tugasan itu perlu diselesaikan, namun saya abaikan....

Pada keesokan harinya juga saya menghargai satu keajaiban. Di mana Allah mengilhamkan saya idea yang mencurah, hingga saya mampu menyiapkan kerja dalam masa beberapa jam sahaja. Man Jadda Wa Jada.

Jika sesiapa yang membaca tulisan ini dan pernah mengagumi karya saya, saya hanya manusia biasa yang juga dianugerahkan 24 jam masa dalam sehari... Punya keluarga seperti yang lainnya.. guru sebagai tugas utama... Tugas segera adalah tugas terdekat...